

Encik Amir Bin Hasan berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1992.
Memulakan kerjaya awalnya sebagai Pegawai Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993. Seterusnya beliau dilantik sebagai Eksekutif Pemasaran di Bumi Sains Sdn Bhd pada tahun 1995. Pada tahun 1998, Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Taiping dan Kuala Lumpur. Beliau juga dilantik sebagai Pegawai Dietetik di Sajibumi Sdn Bhd pada tahun 2000. Selain itu, antara pengalaman kerja yang diperolehi oleh Encik Amir Hassan adalah memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di KFC Holding pada tahun 2002 dan pada tahun 2004 pula beliau sebagai Pegawai Pemasaran di Sabil Mulia Sdn Bhd.
Dengan pengalaman kerja hampir 12 tahun, Encik Amir Bin Hassan kini dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Al Ansar Properties Sdn Bhd. Hasil usaha dan penat lelah beliau, Encik Amir Bin Hasan kini merupakan seorang Tokoh Usahawan yang paling berjaya dalam bisnes Internet. Dengan kerjasama dan sokongan dari kakitangan yang berdedikasi, beliau yakin dapat memperkembangkan lagi perniagaan beliau dalam bidang Pengurusan Hartanah.