

Tn Hj Muhamad Khanafi Bin Husin selaku Pengarah Urusan di Al Ansar Properties Sdn Bhd memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1990-1994.
Mempunyai pengalaman kerja di Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik pada tahun 1995. Pada tahun 1996 beliau berkhidmat di bawah syarikat BIMB Securities Sdn Bhd sebagai Remisier. Beliau juga mempunyai pengalaman kerja sebagai Pengurus Besar di BGE Industris (M) Sdn Bhd.
Atas minat yang mendalam dalam bidang Pengurusan Hartanah dan yakin dapat memajukan perniagaan ini, beliau mengorak langkah menubuhkan syarikat beliau sendiri yang dikenali sebagai Al Ansar Properties Sdn Bhd bersama-sama En Haji Amir Hassan (Pengerusi Al Ansar Properties).
Untuk memperluaskan lagi pengetahuannya dalam bidang pengurusan hartanah, beliau turut menghadiri beberapa kursus seperti Kursus Asas Kontraktor dan Kursus Asas Pemaju Hartanah.