
Al Ansar Properties Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang terlibat secara langsung sebagai Pemaju Hartanah dan Pengurusan Projek. Mempunyai kepakaran dalam membangunkan tanah-tanah rizab melayu dan tanah-tanah pertanian lain di kawasan Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi, Sungai Merab, Dengkil dan Klang serta Persekitarannya.
Syarikat ini mempunyai kepakaran membangunkan tanah untuk projek perumahan berskala kecil. Antara projek-projek yang dikendalikan adalah rumah teres, semi-D dan juga banglo-banglo eksklusif.
Projek hartanah ini dijalankan sama ada secara belian terus tanah ataupun melalui usahasama antara syarikat dengan pemilik tanah. Secara tidak langsung projek-projek hartanah syarikat ini telah menyumbang kepada nilai tambah hartanah persekitaran di samping membantu golongan sederhana memiliki hartanah bernilai setimpal kemampuan mereka bersesuaian dengan ‘trade-mark’ syarikat ‘Rakan Banglo Mampu Milik’ .